"Ya Allah, Engkaulah yang mengembalikan segala kesesatan (hilang). Engkaulah juga yang menunjukkan jalan kesesatan dan mengembalikan yang sesat itu kepada petunjuk. Ya Allah, kembalikan kepada saya barangan yang hilang dengan kudrat Mu dan kesultanan­Mu. Maka sesungguhnya, barangku yang hilang itu adalah sebenarnya daripada pernberian-Mu dan kelebi­han-Mu ke atasku."

Friday, October 28, 2011

AIR MATA ITU

SALAM ALAIK..

salam Jumaat,penghulu segala hari..=)


AIR MATA ITU..

Jika kamu MENANGIS kerana lelaki,
 berhenti dan cuba FIKIR kembali..
adakah sebenarnya cinta dia yang kamu cari atau cintaNya?
Adakah yang bertapak di hatimu betul-betul cinta sejati atau hanya kerana dia keluarkan KATA-KATA MANIS?
Benda manis pun ada tarikh luputnya tahu?
Adakah insan seperti ini yang kamu rasa boleh MEMIMPIN kamu kelak?
Boleh pandu BAHTERA keluargamu ke arah RE
DHANYA?
 Boleh MEYAYANGI kamu sepenuh hati, terima seadanya CACAT CELA?


Kesat air mata itu..
sesungguhnya harga dirimu LEBIH PENTING,
sesungguhnya harga AIR MATAMU lebih BERNILAI..
lebih BERHARGA dari dibazirkan untuk LELAKI ITU..
BERSABARLAH, berhenti menangis, berhenti berharap pada yang tidak pasti..
YAKIN dengan JANJI Allah..
orang yang baik adalah untuk orang yang baik-baik dan kamu LAYAK untuk orang yang LEBIH BAIK..




*tiada manusia yang sempurna*
~MATLUTHFI cakap korang cooL..thank you for reading~ J

Friday, October 21, 2011

'dAting tanpa henti'

SALAM ALAIK..



OKTOBER,NOVEMBER,DISEMBER=bulan yang sibuk dengan temujanji sana sini...

huhuhu..tiga bulan terakhir semester..'dating' dengan presentation,projek mini,assignment yang boleh diumpamakan seperti 'air sunyai mengalir tanpa henti'..report/worksheet pun tak nak kalah jugak susun jadual dating dengan CikNuwairah..test dan kuiz pun setiap hari calling2 ajak date..=.=..fail NOSS pun tak berapa settle lagi(RPK level 3 tak sain lagi..0_o)..
mini FYP(Final Year Projek),lecture dah mula nak kenalkan2  dengan marka baru tu..huhuhu..duk cakap mengenai FYP je..sebab semester depan ada 'date' dengan FYP plak..
temujanji paling gempak untuk semester ni mestilah Final Exam..ohh!..pejam celik..pejam celik..sekejap je dah nak hujung sem...
makin naik semester makin banyak projek and presentation...dari minggu lepas lagi dah sibuk dengan presentation dan mini projek sebenarnya..(alhamdulillah,satu projek dah settle..presentation untuk subjek supervisory training pun dah settle rabu lepas)..lepas tu report pulak..
sekarang nih tengah menunggu hari nak siapkan untuk presentation seterusnya..@_@..(dah pening untuk mini projek database yang nak kena 'present' isnin nih)



Ya Allah..permudahkanlah segala urusan..

nak share something kat sini..bebudak JMTi dapat jumpa Sham Kamikaze sempena minggu Pesona Mahabbah Japan-Malaysia Technical Institute..huhu..bukan nak bangga ka apa dapat jumpa artis tapi teruja dengar 'tarbiah' dakwah dari dia..sempoi lah dia..=)..


ini yang dia bagi kat kitaorang sebelum balik..huhuhu
terima kasih daun keladi..=)
credit untuk Erin Lutfi..dia yang upload dalam FB n Youtube
(dasat ehh kau Erin,balik2 terus upload..cepat,cekap dan efisien la,
mmg entry panas dari oven..=D)





lagi satu(sama je,versi 'dekat'..hahha)..
CikNuwairah link kan je k..
nak dengar boleh klik..dpt tgk jelas sham kamikaze main gitar..
klik laju2

p/s:sory blog..sibuk sikit nak menjenguk anda lepas nih..hee..lepas final kita date hari-hari pulak k...
     terpaksa CikNuwairah settle kan date2 dengan 'marka' yang lain dulu untuk semester ni..


*tiada manusia yang sempurna*
~MATLUTHFI cakap korang cooL..thank you for reading~ J

Tuesday, October 18, 2011

horray!!terima kasih ye adik2 Rumah Permata Kasih..♥

SALAM ALAIK..

CikNuwairah nak update mengenai cerita projek agama minggu lepas..hehehe...

setelah tiga kali projek agama kami ditunda kerana masalah2 yang tak dapat dielakkan,akhirnya..
minggu lepas pada tarikh 15/10/2011,berlangsungnya juga program nih..Alhamdulillah..=)..
enty yang lepas,CikNuwairah ada cerita mengenai program yang akan dijalankan dikampung,unfortunately..atas sebab2 tertentu kitaorang terpaksa tukar program dan tempat..
dari program anak2 angkat tukar jadi program adik.adikku sayang..heee..

tempat yang telah dipersetujui ialah Rumah Anak Yatim Permata Kasih,Taman Pauh Jaya..dekat je dengan JMTI..so bila dah dekat,masalah mengenai bas tak terasa sangat la..konvoi la kami satu course sem3 pagi tu ke tempat yang dituju..terima kasih kepada senior kesayangan CikNuwairah sebab sudi tolong  hantarkan pergi sana.*kecian dia,hari xde kelas pun kena bangun awalkan..=P..
ok..kitaorang dikehendaki cari satu hadiah untuk bakal2 adik angkat kami nanti..setiap seorang akan dapat adik angkat dari rumah tersebut..hari isnin tu CikNuwairah dengan member2 dah pergi cari hadiah..huhuhu..*sebenarnya pening nak cari hadiah apa sebab xtau..jenuh pusing merata cari hadiah..
seronok jumpa budak2 tu,comey2 kemain..heee...paling tua pun umur 12 tahun..
masa first time jumpa diorang kat padang tu xtahu lah kenapa sebak ja tengok bebudak nih..rasa nak menangis pun ada..huhuhu..
malas nak membebel banyak2 kat sini..layan gambar je la ye..=D..







sebelum bertolak

kat taman permainan














prepare untuk memasak





saja letak picture classmate yang 'fofular' nih..=p


si kecik pink tu mengingatkan kepada anak sedara CikNuwairah











tadaaa..ni la hadiahnya..=)..

siap balut sudah..=D

gambar special..kenangan bersama...

projek agama semester ni dah settle..komen dari ustazah xtau lah lagi..heee..

p/s:bersyukurlah kita masih ada mak ayah untuk tempat bermanja..so..moral of da story,
layanlah dan taat mak ayah kita selagi masih bernyawa..

*tiada manusia yang sempurna*
~MATLUTHFI cakap korang cooL..thank you for reading~ J

CUKUPLAH MENCINTAI DALAM DIAM ♥

SALAM..

re-share from 'pesbok'..

selingan semata-mata


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu





Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)


*tiada manusia yang sempurna*
~MATLUTHFI cakap korang cooL..thank you for reading~ J

Wednesday, October 12, 2011

NOSS-National Occupational Skill Standard

SALAM ALAIK..

tajuk diatas tu kalau diterjemah àStandard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan..

untuk pelajar-pelajar yang mengambil SKM(Sijil Kemahiran Malaysia)
*tak kisah la level berapa pun,mesti akan melalui report2,kertas2 praktikal dan teori NOSS...
satu lagi NCS.*yang ni CikNuwairah xberapa ingat stand for what..hee...
dan telah menjadi amanah kepada pelajar tersebut
*selalunya orang panggil pelatih la..=.=*,
menyimpan,mengemaskini,meng update,menyiapkan dan menjaga fail2 yang ada NOSS dan NCS kat dalam tu bagai menatang minyak yang penuh..
*lect cakap kertas2 tu umpama nyawa kitaorang..kalau hilang jenuhla nak buat balik..kalau xbuat2 memang tak graduate la..
entah kenapa tetiba malam ni semangat nk men ‘touch up’ fail2 nih datang plak..huhuhu..
setelah diperiksa..agak banyak jgak la yang masih belum ditandatangan lecturer dan yang xterampil punya pun still ada yang xhantar untuk buat ulang terampil
(ok..betapa malasnya tuan tanah ini..huhuhu..)
teringat lecturer kata hari tu  
“lain kali datanglah minta sain n cop cepat2,jgn dah nk abis sem baru nk mai mintak,buatnya tetiba saya meninggal ka,pindah ka,jenuh la kamu..”
*oh!no..dun wurry cik..kami sentiasa mendoakan cik panjang umur n kekal kt jmti nih..hohoho..






huhuhu..kertas berterabur abis atas meja and laptop..
ini baru semangat namanya..^_^
*time ni roomate dah pun di alam mimpi...


ada member CikNuwairah cakap..untunglah amik dua sijil..diploma dan SKM..huhuhu..ye ke..
*yang penatnya nak mengadap fail2 NOSS nih..klu duk bertangguh makin byak la..
ada tak orang jadi gila angkara NOSS ni??huhuhu..*abaikan soalan gila tersebut..


*tiada manusia yang sempurna*

~MATLUTHFI cakap korang cooL..thank you for reading~ J

Wednesday, October 5, 2011

Sayangnya Allah Pada Perempuan

SALAM ALAIK

satu perkongsian untuk kaum hawa:

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
Perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Komfem x tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool je
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
Cuba tengok budak lelaki , slumber je
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang