"Ya Allah, Engkaulah yang mengembalikan segala kesesatan (hilang). Engkaulah juga yang menunjukkan jalan kesesatan dan mengembalikan yang sesat itu kepada petunjuk. Ya Allah, kembalikan kepada saya barangan yang hilang dengan kudrat Mu dan kesultanan­Mu. Maka sesungguhnya, barangku yang hilang itu adalah sebenarnya daripada pernberian-Mu dan kelebi­han-Mu ke atasku."

Saturday, April 23, 2011

I Give My First Love to You

assalammualaikum..



ada sesiapa dah pernah tengok movie nih??'i give my first love to you'..sedih kan..
ciknuwairah baru tgk minggu lpas..movie ni kluar tahun 2009 klu xsilap..huhuhu..
(baru nk melayan citer jepun)sedih citer dia..kawan ciknuwairah si izi n mai tgk nangis2 kot..(diorang la kata)tp ciknuwairah tengok tak nangis2 pun..muahaha..tp citer dia memang sedih siot..

citer nih kisah dia pasal seorang budak laki nama takuma,dia ada penyakit jantung and kemungkinan cuma dapat hidup xsampai umoq dia 20 tahun.lpas tu ada sorang budak pompuan nama mayu suka kt dia..jumpa kt hospital(ayah si mayu ni la doktor yg rawat takuma)..
diorang nih dah mcm fall in love la..pas2 dua2 dah besar..sekolah skali..lpas tu ada la skit2 konflik citer nih..(nama pun filem kan)takuma ni cuba la nk jauh dari mayu tp yg mayu nih pulak punya cinta mati kt si takuma nih walaupun dia tau mamat nih sakit and 'dying'.ending dia malas nk citer..huhuhu.. 




________________
you-nur jannah aliaa
________________

    you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you.

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine.

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here.

i know it's me who say good bye
and that the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you.

for all the things i've done and said
for all the hurt i've caused of you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do.

p/s:cute kan lagu nih..^^

Monday, April 11, 2011

Pemuda yang ikhlas


assalammualaikum..
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
terjumpa satu artikel nih..meh baca sama-sama..XD
Pada waktu dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."


----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

______________________
credit to ==> iluvislam.com..

p/s:tp apa2 pun yg paling PENTING dan FIRST cinta Allah..
    sentiasa ADA untuk hambaNya..=)

Tuesday, April 5, 2011

nak letak tittle apa nih???

Assalammualaikum..

Actually malas nk menaip entry sebenarnya..hehehe..ni pun cuba untuk menggagahkan diri yang tak berapa gagah nih..hihihih..

Permulaan  mid sem yang relax..errr..rasanya la..sebab hari first selepas cuti patutnya pergi kelas kan tapi ciknuwairah xde klas..(dalam hati duk kata:aq blik hari ni pun xpa ha..hurmm)..so..dudukla dalam bilik sesorang dari pagi smpai tengah hari(g ‘essembly ‘ jap..xpi pun xpa..huk!..)pas2 sambung aktiviti seterusnya dlm bilik sampai la 3.30 and pergi ‘koko’ plak..tp ada koko pun mcm xde...staf jpam kta”hampa p la kawad dlm 15 minit..saya nk settle hal budak2 yg baru g kem asas ari2..lepas tu mai kt saya tanda kedatangan”..hello!!!nk kawad ke??huhuhu...xdenya..g cari port baik punya pas2 kitaorg duduk la smpai 15minit tu habis sambil sembang2..pas2 pergi blik kt staf tu..hehehe...penatnya ‘berkawad’..hahahaha..pas2 pakat chow r..tunggu lagi..rilex kan???
untuk  keesokannya..ciknuwairah harap kelas xde gak..huhuhu..(pas2 member membebel:”hah!elok la,senang2 hg berenti trus la”..cisss..ada aura jelez yerk disitu coz aku seharian xde klas..lalalala)

By the way,skang kitaorg diperkenalkan dengan mata2 merit dimerit..hah!what is that???haiyak!!tlg la..rasa macam duk sekolah la..huhuhu..xpe la...hg xde kuasa..so ikut je la kta2 org yg berkuasa..hmmm...rice cooker xley bawa(xde dah la candlelight kita ye roomateku),radio la..apa lagi??hah!’wonderpet’ lagi la xley..so tunjukkan la kasih sayang keperibinatangan korang tu kt rumah memasing ye dan yg sewaktu dengannya..ckap pasal rice cooker,rice cooker roomate aq hilang..hmm...hairan????sapa culik ehh..time2 merit dimerit nih dy hilang..sabo je la ye..
Dan malam ni rasa lapo yg teramat sangat..huhuhu..xmakan dari pagi..juz minum ‘nestiva’ untuk alas perut pagi tadi..ingatkan ada kelas,baru berangan2 nak pergi ‘culik’ karipap tiga bijik kt cafe...hmm..
Lepas essembly tu comfirm2 xpergi makan dah..ramai la..malas2..i rimas u(nada gedik+ngada2..hahaha)petang pun xtrun makan..kemalasan melanda diri..so,padan muka kau!!akibatnya lapar  gila..gila lapar..huhuhu...maggi..ohh..maggi..come to me..oh yeah!!tp still lapaq la..hikhikhik....(teringin nk minum air tembikai,kfc,nasi goreng daging merah,mee kuah,ayaq aih kaw2 punya...srluuppppp..sedapnya...)ciss...sudah2..laptop ni pun skang  aku nmpak sedap nih..=_=*

Ok..cukup sampai sini dulu...so,nk letak tittle apa nih???

Monday, April 4, 2011

pemilik hati



Lihat ku disini
Kau buat ku menangis
Tak ingin menyerah
Tapi tak menyerah
Mencoba lupakan
Tapi ku bertahan

Kau terindah kan selalu terindah
Aku bisa apa ‘tuk memilikimu
Kau terindah ‘kan selalu terindah
Harus bagaimana ku mengungkapkannya
Kau pemilik hatiku

Mungkin lewat mimpi
Ku bisa ‘tuk memberi
Ku ingin bahagia
Tapi tak bahagia
Ku ingin dicinta
Tapi tak dicinta

Kau pemilik hatiku
Kau pemilik hatiku
Kau pemilik hatiku



::suka sangat2  lagu nih..:))..

tentang kematian

assalammualaikum...

(gantikan dengan menggunakan nama kita)
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
MahaSuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, MahaSuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
MahaSuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.



Wahai nor aqidah, wahai nor aqidah, wahai nor aqidah
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu 
ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah 
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawa hanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai nor aqidah
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu 
iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut,
 janganlah kamu berdukacita dan risau 
serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai nor aqidah
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, 
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. 
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, 
mereka juga akan menyoal kamu.


Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:


Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

Kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap:
 "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai nor aqidah tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai nor aqidah, bahawanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
 _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

__________________________________________
::kematian itu satu janji dari Allah,
  dan tidak lambat atau cepan walaupun sedetik..
__________________________________________

p/s:rasa macam nak add follower box..hee..??????.

Friday, April 1, 2011

celcom broadband ooo celcom broadband

assalammualaikum


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


ada sapa-sapa tak yang boleh tolong ciknuwairah??tolong lajukan speed broadband nih??
aiyoo!!nk kata tak bayaq..tp dah bayaq..nk kta terlebih usage??xmasuk akal..
isy3..masalah betul la..
memang menguji kesabaran tahap 'max'..(sabo je la..)

haish!nk tuggu loading tu bley tidoq lagi seround dua kot..
adakah ini disebabkan radiasi yg sedang dilanda jepun dan negara2 yg sewaktu dengannya??
hahahahaha..merapu je kau ekkk..



hah!sekarang nih ciknuwairah merupakan pengguna broadband celcom..
(ni yang buat aku nk berpaling tadah nih..curang r camni...huk!)..
maxis broadband ok x??streamxy la yg plg ok aku rsa..or unifi...????
t aku guna digi plak kot..(silap2 dlm hutan bley dapat..ehh!!ye ke??)
akak..hg dah dapat gaji kan..jom la cari satu broadband..

(nk tggu duit loan aku ntah bila la)
asal balik je mesti berebut broadband yang satu ni dengan hang..
dah la broadband ni lembap mcm panda sekarang..
(isy3..xbaik..sesungguhnya broadband itu pernah berjasa..huhu..T_T)..


::waaaaa...aku nak modify blog aku yg cacat nih..
  pliss la..huhuhu...encik broadband oooo encik broadband..
  tergendala seketika gak la jawabnye..huk!!



_________________________________________________________________
     btw,nk kongsi satu entry yg bez kt satu blog nih..   
_________________________________________________________________