"Ya Allah, Engkaulah yang mengembalikan segala kesesatan (hilang). Engkaulah juga yang menunjukkan jalan kesesatan dan mengembalikan yang sesat itu kepada petunjuk. Ya Allah, kembalikan kepada saya barangan yang hilang dengan kudrat Mu dan kesultanan­Mu. Maka sesungguhnya, barangku yang hilang itu adalah sebenarnya daripada pernberian-Mu dan kelebi­han-Mu ke atasku."

Monday, May 23, 2011

Anemia..-_-



ANEMIA   
Anemia ialah penyakit yang melemahkan tubuh badan, sama ada disebabkan kekurangan dalam bilangan sel darah merah atau hemoglobin, iaitu pigmen pembawa oksigen. Ferum menyebabkan sel darah merah berwarna merah. Kekurangan ini boleh disebabkan pengeluaran sel merah yang tidak mencukupi oleh sum-sum tulang, kekurangan ferum dan bahan membetuk darah yang lain melalui penyakit seperti leukemia dan talasemia, kehilangan darah yang berlebihan atau jangkitan.anemia nih nama lain dia ialah sakit kurang darah..

Anemia nih dibahagikan kepada beberapa jenis dan cara diagnosis penyakit nih pun berbeza-beza.
Anemia boleh jadi atas banyak sebab, antaranya mungkin proses penghasilan darah itu sendiri yg ada problem, mungkin sebab kehilangan byk darah (contohnya accident), ataupun darah mati pramatang..(normal RBC life span is 120 hari..) Mungkin juga reticulocyte kurang dihasilkan.. (reticulocyte ni senang cakap baby darah la)boleh juga due to kidney failure coz kidney is where the erythropoietin hormone terhasil.hormone ni yg stimulate penghasilan darah.. 

Anemia ni selalunya menyebabkan hypoxia ataupun satu keadaan di mana organ kita kekurangan o2. Sebab tu mudah rasa pening2, penglihatan berpinau pinau dan rasa sakit kepala bila ubah posisi badan etc..

Usually cara nak diagnose penyakit nie melalui blood test ar

                                                   
Rawatan untuk anemia pula,
Terdapat banyak jenis rawatan bagi anemia dan jenis rawatan bergantung kepada keterukan dan punca anemia.
Kekurangan zat besi akibat kekurangan makanan amat jarang bagi dewasa tidak berhaid (lelaki dan wanita putus haid). Diagnosis kekurangan zat besi menyatakan pencarian bagi potensi punca kehilangan sebegitu seperti perdarahan perut (gastrointestinal) akibat ulser atau barah kolon. Anemia kekurangan zat besi ringan hingga sederhana dirawat dengan tambahan zat besi menggunakanferous sulfat atau ferrous gluconate. Vitamin C mungkin membantu keupayaan tubuh bagi menyerap zat besi.
Vitamin tambahan diberikan secara oral (asid folik) atau suntikan (vitamin B-12) akan menggantikan kekurangan khusus.
Bagi penyakit anemia kronik, anemia dikaitkan dengan kemoterapi (chemotherapy), atau anemia dikaitkan dengan penyakit ginjal, sesetengah pakar klinikal prescribe [[recombinant protein|recombinant](protein rekombinan)] [[erythropoietin](eritropoietin)], epoetin alfa, bagi menggalakkan penghasilan sel darah merah.
Bagi kes anemia teruk, atau dengan kehilangan darah berterusan, pemindahan darah mungkin diperlukan.Tapi ada bukti yang menyatakan pemindahan darah nih akan menjadikan seseorang pesakit tu bertambah teruk..hmm..tak tawu la..so,rujuklah doktor anda..hehehhe..:D

Simptom dan Tanda-tanda anemia:
Anemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang, dan simptomnya kabur. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk. Anemia amat teruk memerlukan tindakbalas pengimbal di mana output jantung meningkat dengan jelas, membawa kepada degupan laju (palpitation) dan berpeluh; kegagalan jantung boleh terjadi jika orang yang sudah berumur mengalaminya.
Kulit dan muka  pucat menjadi tanda utama bagi anemia di tahap berbahaya
Tanda-tanda lain yang lazim:
·         Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata.
·         Tidak bermaya,lesu, letih, dan lemah badan.
·          Sesak nafas selepas melakukan aktiviti.
·          Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.
·         Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.
·         Penyakit demam kuning (jaundice) terjadi bagi kes hemolaitik anemia
·         Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi. Palpitasi, iaitu suatu keadaan di mana denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luarbiasa.
·         Kadar nadi meningkat
Salah satu lagi kesan kepada penyakit anemia ialahkerapkali ketika bangun secara mengejut dari duduk atau baring dan penglihatan jadi kabur dan gelap.

Info tambahan:

pesakit anemia tidak digalakkan untuk menderma darah..sedangkan orang yang derma pun boleh pitam dan lemah lepas derma apatah lagi kalau orang yg da kaitan dengan penyakit darah mcm nih.bukan apa,selalunya takut darah tak cukup nak bagi oksigen pada cell lepas derma..ish3!agak bahaya tp better pergi tanya doktor dan check dulu la kalau nk derma jgak.
Anemia jugak memberi risiko kepada pesakitnya mudah mendapat penyakit jantung..betol ke??daripada satu sumber yang ciknuwairah dapat,penyakit anemia nih akan memberatkan lagi proses kerja yg dilakukan oleh jantung kita.Anemia ni kan kadar hemoglobin rendah,hemoglobin ni plak membawa oksigen ke dalam darah..betul tak?Kalau oksigen yang dibawa sedikit maka jantung akan bekerja lebih keras untuk mengcukupkan oksigen.Bila lama-lama dibiarkan maka jantung akan rosak dan akan meningkatkan risiko penyakit jantung.selain itu boleh menyebabkan koma...erkk!!betoi ka???
hmm..ada sapa2 bley kongsi kesan2 sakit nih akan datang n risiko2 dia pada masa akan datang??
_____________________________________________________________________________
so,mak ciknuwairah selalu pesan untuk penghidap anemia dy kena selalu makan makanan yang boleh bantu tambah darah.macam bayam, kerang, hati, kismis, prune, apricots, soya etc.pas2,jangan xmakan kena makan jgak.ubat yang doktor bagi jangan lupa makan..mesti ikut waktu dia ok..air tu penting,minum banyak-banyak mak ciknuwairah pesan. 
_____________________________________________________________________________

No comments: